You are currently browsing the monthly Archive for April, 2007.

            

          Tahun 2020 cuma berbaki 13 tahun sahaja lagi sebelum negara kita, Malaysia mencapai cita-citanya untuk bergelar sebuah negara maju. Dengan pembangunan infrastruktur yang begitu pesat yang telah dan sedang giat dilakukan oleh para pemimpin impian tersebut bukanlah angan-angan kosong lagi. Namun begitu persoalannya kini adalah kita masyarakat Malaysia sudah bersedia untuk digelar sebuah masyarakat moden dengan kesedaran sivik yang mantap? Tanpa sifat ini segala, kemajuan yang sangat kita banggakan hanyalah sia-sia belaka kerana kita akan dipandang sebagai sebuah negara yang hanya maju dari segi infrasturtur dan teknologi tetapi masyarakatnya mundur serta tidak bertamadun. Oleh sebab inilah PM YAB Dato’ Seri Abdullah sangat menekan modal pembangunan insan di dalam RMK9 yang menentukan hala tuju negara kita dalam masa 5 tahun ini.

           Terdetik hati penulis untuk mengupas topik ini gara-gara insiden konfrontasi penulis dengan salah seorang penghuni pangsasiswa di kolej yang penulis duduki. Kejadian ini bermula apabila mahasiswa tersebut telah menganjurkan aktiviti membasuh motor bersama rakan-rakanya di kawasan lapang di belakang blok yang penulis dan mahasiswa tersebut tinggal. Bukan sahaja mereka telah menyalahgunakan kemudahan awam, malah bertindak lebih tidak bertamadun apabila membuat bising dan mencabuli hak privasi penghuni bilik dengan mengintai bilik-bilik yang berdekatan dengan mereka. Ini telah menyebabkan penghuni-penguni blok tersebut yang sedang belajar dan berehat berasa kurang selesa dengan kehadiran anasir-anasir luar ini. Selepas selesai bermain air bersama-motor mereka, anasir-anasir ini beredar begitu sahaja tanpa berasa segan dan silu meninggalkan tempat tersebut tanpa membersihkan sampah sarap yang telah mereka tinggalkan. Melihat keadaan tersebut penulis berasa hampa, kecewa dan juga marah dengan sikap mereka. Beginikah sikap yang ditunjukkan oleh seseorang yang bergelar mahasiswa? Menuntut ilmu hingga ke menara gading, sehingga senak ilmu didada namun langsung tidak mempunyai kesedaran sivik.
Tidak lama kemudian penulis mengambil keputusan untuk bersemuka dengan salah seorang mahasiswa yang terlibat dengan aktiviti memandikan motor sebentar tadi yang juga merupakan jiran kepada penulis. Dengan hati yang agak panas, penulis bertindak nekad untuk menegur sikap mahasiswa dan rakan-rakanya itu dan meminta beliau agar mengembalikan tempat yang mereka telah gunakan seperti asal kerana ia adalah tempat awam yang dibina bukan untuk mereka sahaja tetapi untuk penghuni lain di blok tersebut. Mungkin disebabkan oleh perasaan angkuh dan segan untuk mengaku kesilapan diri sendiri mahasiswa tersebut berasa tidak puas hati dengan diri penulis dan menyarankan supaya penulis sendiri pergi membersihkan sampah yang mereka tinggalkan. Alangkah terkejutnya diri ini dengan sikap mahasiswa itu, sudahlah pergi begitu sahaja setelah menggunakan harta awam, kini berani pula menyuruh insan lain menangung masalah yang disebabkan oleh tindakan tidak bertanggungjawap mereka. Kerana tidak ingin menghangatkan lagi konfrontasi penulis dengan mahasiswa itu, saya pun berlalu pergi dengan hati yang terbakar kerana saya lebih tahu tidak ada gunanya membazir tenaga bertengkar dengan manusia tidak bertamadun seperti itu.

               Ekoran konfrontasi itu, penulis balik ke bilik dengan hati memaki hamun mahasiswa tadi. Tetapi apabila difikirkan kembali apa yang telah berlaku mungkin penulis juga bersalah kerana menegur mahasiswa tersebut dengan kasar dan tidak menunjukan sifat sebenar seorang mahasiswa yang boleh berdiplomasi. Jadi penulis mengambil keputusan untuk bersemuka kembali dengan mahasiswa tersebut untuk meminta maaf dengan teguran penulis yang kurang sopan dan yang lebih penting agar tidak timbul perasaan benci dan marah antara kami jiran seblok. Penulis pun pergi mencari mahasiswa tadi dan terjumpa beliau di tempat kejadian (tempat aktiviti membasuh motor) dan kelihatan mahasiswa tersebut sedang membersihkan kawasan itu. Tanpa ragu-ragu penulis pergi berjumpa dengan beliau untuk mengucapkan terima kasih kerana membersihkan semula sampah yang mereka tinggalkan dan meminta maaf dengan cara diri penulis menegur beliau sebelum ini. Mahasiswa tersebut nampaknya dapat menerima mohon maaf daripada penulis namun masih menekan pendirianya mengapa penulis sendrir tidak dapat membersihkan kawasan tersebut…… CERITA TAMAT.

           Apa yang ingin ditonjolkan oleh penulis disebalik cerita ini adalah sikap tidak bertamadun segelintir daripada kita. Walaupun dalam kes yang diceritakan disini melibatkan masalah remeh temeh namun sebagai seorang rakyat Malaysia yang CINTAkan negaranya lebih-lebih lagi seorang mahasiswa yang bakal memimpin negara, wajarkah isu ini diambil mudah? Tahukah anda berapa banyak wang ringgit yang telah dihabiskan oleh kerajaan untuk membersihkan sampah sarap dan membaiki semula kemudahan awam yang telah dijahanamkan oleh manusia-manusia tidak bertamadun seperti mahasiswa tadi? Sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk pelaburan yang lebih berfaedah seperti membina sekolah dan mungkin jabatan bengkok antara Malaysia dan Singapura (angan-angan sahaja). Selain daripada itu ingin penulis tekankan juga kadang kala sikap mengalah semasa konfrontasi tidak menunjukan anda seorang yang lemah atau penakut. Anda sebenarnya seorang yang bertamadun yang boleh membuat timbang tara demi faedah bersama bak kata pepatah dari barat ‘We dont always need to SHOUT to get things done’. Dan seorang lelaki sejati tidak takut untuk meminta maaf dan mengaku salah apabila dia membuat kesilapan ‘a gentleman will admits when he is wrong and politely ask for forgiveness’

-Bekas pemain ‘d gentlemen game’ dr kolej D