Cinta sebuah nikmat yg maha Esa anugerahkan hanya kepada mahluknya bergelar manusia. Kerana cinta nenek moyang kita Adam dan Hawa sanggup meredah hutan, gunung & lautan utk bertemu semula di padang Arafah. Kerana cinta jugalah anak mereka Qabil sanggup membunuh saudaranya sendiri Habil. Sungguh luar biasa dan aneh sekali kuasa CINTA sesama manusia ini….justeru itu pada awal lagi aku ingin mengingatkan semua bahawa aku bukanlah seorang yang pakar dalam bidang cinta namun begitu aku akn cb mengupas topik ini berdasarkan persepsi, pengalaman dan juga pemerhatian yg aku lakukan selama ini.
Mungkin ada yang tertanya2 mengapa secara tiba2 aku ingin berbicara soal cinta. Biasalah bak kata pepatah mahukan pokok bgoyang jika angin x b’tiup…. Sebenarnya sudah sekian lama ak ingin membincangkan mengenai bab cinta ini,
cuma keazaman utk aku menulis mengenainya tidak btl2 kuat sehinggalah baru2 ini bila ada individu di sekitar aku yg btanya mengenai hal AKU & CINTA. Tidak dinafikan aku jg seperti manusia yg lain trt m’punyai perasaan utk menyintai dan dicintai ttp mungkin tidak seperti kebanyakan mereka yg seusia dgn aku, aku memilih utk bercinta berdasarkan prinsip dan pegangan hidup aku sendiri.
Apa yg aku maksudkan disini adalah kaedah aku bercinta mestilah berlandaskan nilai2 dan juga norma2 yg aku pegang dan yg ak dukung selama ini. Utk ak cinta yg suci itu seharusnya timbul dlm hati ini secara sendirinya, tanpa paksaan mahupun godaan. Ak menyintai seseorang krn ak btl2 cintakannya, bukan krn t’ikut2 fesyen dan gaya terkini yakni golongan muda semestinya hidup berpasang-pasangan seperti belangkas. Dan cinta itu seharusnya mempunyai hala tuju dan matlamat yang kukuh dan ckp kuat, bukan sekadar atas alasan suka2 mahupun cuba2. Disamping itu cinta aku kepada pasanganku tidak akan sesekali mengatasi cinta aku t’hdp yg maha Esa dan juga kedua ibu bapaku.
Hehehe dah mcm calon pilihan raya m’bacakn manifestony pulak. Tp utk
mengecapi nikmat dan kelebihan Cinta yg tulen dan sejati seharusnya kita turuti kepada sekatan dan kawalan yg tlh ditetapkan oleh Kuasa
yg tlh menganugerahkan cinta kepada kita. Mcm di atas jln raya jugalah, segala peraturan dan undang2 itu diadakan bagi menjamin keselamatan kita di atas jalan raya, jika kita melanggarnya padah akibatnya. Begitulah juga dengan soal cinta
spt petikan yg aku ambil dari buku Tentang Cinta karangan Pahrol Mohd Juoi ‘Orang yg b’jaya m’gawal nafsunya akn dikalungkan dengan mahkota cinta suci. Tetapi orang yg tewas hanya m’dpt cinta murahan dan nikmat sementara yang tetap akn dipersoal Allah s.w.t di akhirat kelak’.
Tetapi agak hiprokrit jika aku mengatakan ak mengawal nafsu cintaku selama ini kerana btl2 mengikut kepada hukum syariat krn ak merasakan iman di dada ini belum cukup tebal utk ak menepis segala dugaan dan cubaan yg datang mengoda. Alasan sebenar aku maintain ‘single’ ke hari ini adalah aku menyintai seseorang lebih daripada perasaan cintaku kepada gadis2 yg ada di luar sana. Individu tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah org yg tlh melahirkan aku ke dunia yg fana ini. Mungkin ada yg pelik dgn alasan yg ak berikan krn org lain yg bercinta di luar sana juga semuanya ada ibu jg seperti ak. Ttp mungkin ibuku yg berbeza dgn ibu2 yg lain krn dr awal lg ibuku sdh melarang ak drpd b’cinta ketika sedang belajar. Oleh atas alasan ingin menunaikan amanah yg tlh ibuku berikan itulah, ak tangguh dulu bicara cinta dalam kehidupan ku di kampus. Biarlah ada yg diluar sana mengatakan aku kolot dan jg lurus bendul krn turuti shj arahan ibuku. Ttp bg diriku pengorbanan yg ak lakukan langsung tidak setanding dgn pengorbanan ibuku yg bertaruh nyawa dlm usahanya utk melahirkan aku ke dunia, itu blm dibandingkan dengan segala pengorbanan lain ibuku terhadap diri ini. Kerana aku yakin dan percaya apa shj
yg ibuku lakukan adalah utk kebaikan diriku juga akhirnya.
Jika aku sentuh sedikit pengalaman ku dalam arena cinta ini boleh dikatakan ak ni masih di tahap amateur lg kerana masih blm pernah aku berusaha untuk terjerumus ke alam cinta. Mungkin sekadar minat2 dan cinta monyet di zaman sekolah dulu ada la, tp sekadar itu sajalah. Dan bila aku melanjutkan pelajaran ke dunia menara gading yg bebas dari belengu kawalan dan pemerhatian ibu bapa, aku disajikan dgn budaya ‘couple’ yg melanda mahasiswa/i pada peringkat yg begitu tinggi sekali sehingga seperti sudah menjadi suatu kemestian setiap mahasiswa/i harus ada pasanganya sendiri. Tetapi daripada apa yg aku tuntut selama ini apa yg dilakukan oleh golongan majorit tidak semestinya Benar. Mungkin faktor yg banyak mbantu aku dlm menjalankan misi yg tlh diberikan oleh ibunda ku adalah ak seorang yg sgt aktif b’pesatuan ketika di universiti. Aktiviti2 tersebut tlh byk membantu mengalihkan minda dan hatiku daripada memikirkan tentang cinta. Ttp semenjak dua menjak ini, di akhir pengajian aku mula merasa tekanan utk bercinta. Mungkin kerana rakan2 yg selalu bersamaku satu persatu mula menukarkan status friendster mereka drpd ‘single’ kpd ‘in relationship @pn
married???!!!’ Lebih2 lagi bila individu2 yg aku sanjung seunik diriku yg dulu memimpin diriku dan rakan2 yg lain dlm usaha menegah saudara semuslim drpd berdua2an lain jantina ketika di matrikulasi dan juga bila geng2 budak masjid yg lain turut menceburkan diri dalam budaya couple yg dulu mereka pernah enggan terima. Sehinggakan pernah sekali rakan berlainan jantina menasihatkan aku agar cuba utk bercinta. Mungkin niatnya baik agar ak jg dpt merasa keindahan cinta spt diriny ttp ak jg x pernah lupa pahit dan tragis yg dtg b’sama cinta murahan yg ak perhatikan selama ini. Kadang-kala aku rasakan diri ini t’asing kerna melwn arus budaya ttp sehingga hr ini aku msh ttp yakin tanpa prejudis dgn prinsip yg aku pegang selama ini. Tragedi 15 Disember 2005 juga tlh mengingatkan semula diriku bahawasanya apa dan siapa yg benar2 penting dlm hidupku.
Pernah aku berikan metafora persepsiku terhadap cinta
kepada salah seorang rakan rapatku. Mungkin dia mengerti atau tidak, Tuhan saja yg tahu. Aku mengibaratkan cintaku seperti sebuah taman. Di taman tersebut sudah wujud sebuah pohon yg besar, tempat dimana aku berteduh drpd panas mentari dan hujan. Drpd pokok itu jugalah telah membekalkan aku dengan buah sebagai sumber makanan. Dan kadang-kala jatuh benih asing ke dalam tamanku. Jika aku semai dan menjaganya, bercambahlah ia menjadi sekuntum bunga yg harumnya menyerikan tmn itu. Tetapi jika aku ingin melihat benih itu tumbuh aku tpaksa menebang pohon besar yg ada di tmn itu kerna rimbunanya menghalang sinar
mentari drpd menyinari benih tersebut. Ttp jika aku berbuat sedemikian maka Zalimlah diriku ini krn sanggup menebang pohon yg tlh byk b’jasa kpd ku demi sekadar melihat sekuntum bunga yg cantik di tmn itu. Maka buat masa ini lebih baik aku biarkan sehinggalah sampai masanya dahan pohon besar itu beralih
sendiri akibat di tiup angin dan membenarkan sinar mentari menerangi benih asing yg singgah di Tamanku. Dan aku yakin masa itu akan sampai tidak lama lagi. Ak rasa ramai di luar sana faham dgn konsep metafora yg aku cb ketengahkan disini. Bagi mereka yg masih kabur biar aku perjelaskan, pohon besar itu aku ibaratkn sbg ibuku dn benih asing itu sbg gadis2 yg pernah menyentuh hatiku. Jika dilihat dari aspek yg positif apa yg aku lakukan ini tlh sedikit sebanyak melatih diri ini agar menjati Sang Pecinta yg Sejati krn jika aku setia kpd ibuku, aku pasti aku akan setia kpd pasanganku nnt, jika aku ikhlas dan amanah t’hdp ibuku akn ak lakukan perkara yg sama apbl sampai masanya ak b’cinta nnt. Akhir kata setiap drpd kita mempunyai pandangan dan cara kita masing2, ak x pernah mengatakan cara aku ini benar dan yg lain salah. Cuma yg penting biarlah kita melakukan sesuatu itu dgn hati yg ikhlas dan niat yg betul, insyaallah.
PS: Kontrak perjanjian aku dan ibuku akan tamat tidak lama lagi apbl ak menamatkan sesi pengajian semester ini dan ak x bcdg utk m’yambung semula kontrak t’sebut jika melanjutkan pengajian sebagai siswazah. Maka bersabarlah buat seketika lg gadis2 di luar sana kerna Sang Pecinta ini akan BEBAS x lama lg hehehe =P


15 Comments
Comments feed for this article
October 18th, 2007 at 9:42 am
Jon
alaaa… jgn terpengaruh dengan status frenster org len… ako letak jek “Domestic Partnership”, tp ako masih single lagik.. hehee…
jom join persatuan yg ditubuhkan oleh pojan.. PIMP = Persatuan Ingin Mempermainkan Perempuan… lalalaaaa…
October 18th, 2007 at 6:51 pm
Eddzril
Hahha..Nak La Aku Join Itu Group
October 23rd, 2007 at 3:23 am
herda
hebat la bila ko berbicara ttg soal nih..tp ak rasa ak agak sama pendapat ngan ko…ak pn sbnrnye tertekan gak bile sebut soal nih..lg2 ak dah abis blaja pas 2 dah keje sume org tanye bile ak nk kawen..masalah tol..ak ltk sume nih atas jodoh je..ak harap ak leh dpt org yg ak suka..n org yg ak suka tuh boleh terima ak seadanya..
October 23rd, 2007 at 4:37 am
Suhaib
Mungkin ak blh bg rumusan skt b’kaitan komen rkn2 yg sudi mbaca lukilan ht aku
1. Bg aku wanita adalah amanah & kurniaan dr Tuhan sbg pelengkap llk. Bukanlah harta & hak milik utk kt glgn llk utk m’permain2kn mrk…so aku x setuju dgn halatuju klb PIMP
2. Soal ajal & maut, rezeki n jg jodoh itu semua urusan Allah S.W.T utk menentukan kt cm blh b’usaha & b’serah
T. ksh kpd yg sudi meluahkan pandangan dan jg pendapat. Kpd p’bc2 blog ini yg msh blm b’buat demikian, usah segan & malu segala komen dr anda amat dialu2kn =)
October 23rd, 2007 at 11:25 pm
QaiYuM dOt NeT
Nak Aku Komen?
Cintailah Yam Sebelum Yam Hilang. Yam Ape? Adakah Tom Yam? Aiskrim Perasa Yam? Ataupun Yam Yam Soi.
Nyam Nyam..
Tak Kesahlah. Carik Duit Baru Kahwen.. Hahaha..
October 24th, 2007 at 2:51 am
Suhaib
Ko mengarut ape ni qai??? Mmg la aku suka makan baYAM… penuh dgn serat & vitamin C. Baik u kesihatan usus dan juga pembentukkan rongga kulit yg lancar (ye kot)
Tp INGAT! jgn tlbh mkn baYAM nnt blh m’undang cirit terberit2 hau hau hau =P
October 24th, 2007 at 10:34 am
MunEerA
I’m very PROUD of you…
dn sekali lg air mata mengalir…lalalala…
tahniah dn sy doakan ABG suhaib (;p) dpt terus istiqamah dn berpegg kuat dgn amanah mama. jgn rase terasing ataupun lemah krn apa yg sdg dilakukan adlh prkr yg benar. cuma selalulah perbaharui niat. smg sgl nafsu yg ditahan, kata2 kwn yg pedas2 dn sgl ape yg dilalui allah terima sbg amalan dn pahala. same2lah kt berusaha jd anak yg soleh dn solehah utk mama dn ayah. moga kte dijauhkn dr jd anak yg wat mak ayah die masuk neraka. NAUZUBILLAH MIN ZALIK. apepun…doakan sy di sini. jauh dr mama, ayah dn family. nk cerita semua proble m pn susah. BEST OF LUCK TO U . Nanti kalau dh ade sile kenalkn ye sape ‘bunga’ tue.
October 24th, 2007 at 10:40 am
MunEerA
ooh..dn lg satu. perempuan bukanlah bahan permainan. cuma perempuan yg ‘kurang’ bijak je selalu merendhkn martbt yg allah bg semata2 demi LELAKI yg ‘kurang’ bijak juge. kurang bijak + kurang bijak =???
October 25th, 2007 at 11:21 pm
Mardhiyah
Wah..cepat masa berlalu. dah besar rupanya adikku ni..Alhamdulillah.
Perasaan cinta adalah anugerah Allah buat manusia. Memang kuat dorongan utk bercinta, dan kkk juga mengalaminya. tetapi, kasih sayang ayah membuatkan kkk tangguhkan dulu dan tolak semua lelaki. Ayah adalah wira dihati. dan semasa hati terdetik dan berasa sayang pd abg rizza, maka bertanyalah kkk pada ayah dan mama. Kalau mama ayah OK, kkk OK. Tp kalau mama ayah tak OK, itulah keputusan. Lihatlah kebahagiaan yg kita dpt selama ini, tentulah pasangan yg direstui mama ayah juga adalah utk kebahagiaan kita. Yang paling utama, jgn henti doa kepada Pemilik Cinta.
October 26th, 2007 at 3:15 am
MunEerA
oohh..nasib baik kakak dh sedar adik2 die dh besar..mane taknye..kakak pn dah ade 2 anak!!!!
October 28th, 2007 at 2:46 am
NawaLs
Terharu..sgt2
Alhamdulillah,masih wujud lg laki mcm ni kat dunia..
i like the ending though…yg part P/S tu..huk3
if u wish something,
doalah,
fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alaLLAH..
insyaAllah,Allah makbulkan..
by:budak sesat,,
wassalam
(ade org promote suruh bc..mksudnye, femes laa blog ni..haha..jgn kembang!)
October 29th, 2007 at 10:07 am
MunEerA
eh2…tibe2 pemes plak…nie student mama nie..ntah2..mama nye keje..hik3
October 30th, 2007 at 6:21 am
Suhaib
You Are Pretty Happy Being Single
You have a full, fun life. And you definitely don’t need love to be content.
Of course, being single can get you down a little. Especially when you’ve been single for a while.
But you know how to be patient and wait for the right person. You’re life is too good to settle for anything!
Are You Happy Being Single?
October 30th, 2007 at 10:05 am
MunEerA
we’re not ’single’..Allah always with us, rite?? Cinta Allah lg hebat dr cinta manusia…org plg romantik kt dunia ni pun x leh lawan…
November 14th, 2008 at 5:46 pm
Nawals
huhu.
yes, student ustzh norimah yang salu kne piat tlinga.