You are currently browsing the daily Archive for August 25th, 2008.
Agak pelik jugak tajuk post akukali ni….Apekah erti sebenar menawan sebuah menara gading? Adekah ianya beerti aku telah grad dgn CGPA 4 Flat atau bangunan chanselori tempat aku menuntut ilmu telah dirampas, ala2 terorrist??? Adekah2 itu semua tadi sebenarnya x ade kait mengait dgn tajuk tersebut (Intro yg jauh terpesong)
Kejadian sebenar disebalik tajuk diatas adalah berkisar ttg keberjayaan (ade ke dlm kamus DBP?) ak menawan puncak ke 7 sepanjang karier aku sebagai mount
climber ala2 kadar gitu….dan kini tambah title O.K.U di belakangnya…. Sebelum ni ak telah dgn penuh penat lelah memanjat G. Lumut (Jhr), G. Ledang 4x (Jhr) dan jg G. Kinabalu (Sabah, maklumat tbaru menyatakan ianya gng ke-4 ttinggi di A. Tenggara). Sedikit fakta berkaitan Gng Gading: terletak di daerah Lundu Swk, 956m dr paras laut, merupakan rizab kawasan hutan Negara, terkenal dgn air terjunnya….
Perjalanan ke Gng Gading memakan mase 2 jam dr Unimas….setibanya di kaki gng ahli2 xpdc tanpa membuang mase membuat persiapan mendaki dgn bergambar sampai puas, membuang segala apa yg terpendam di tandas terakhir sblm pendakian dan x dilupakan sedikit regangan otot sebagai cukup syarat….hehehe. Kami mulamendaki kire pkl 11 pg. Permulaan trek ke puncak di alas dgn bongkah2 batu tetapi x lame kemudian permukaan muke bumi sebenar gng gading mengambil alih tugas tempat kaki berjejak. Semakin menghampiri kawasan air terjun ke-7 (destinasi pertama), permukaan yg perlu didaki menjadi semakin cerun. Akhirnya 1 stgh jam selepas bertolak kami pun sampei k kawasan air terjun….
`Aik sik kan sampei ctok jak. Sik naik sampei puncak kah pok?’ Ak bertanye
dgn bahase swk yg sedikit sengau kpd pihak penganjur….`Kitak mauk naik sampei puncak kah?’ nya bertanya kembali pd aku…`Aaoookkkkk’ ak reply…Setelah mendapat undian hampir 1/3 dewan parlimen, pihak penganjur akhirnya bersetuju membawa insan2 berjiwe kental, emosi tahan physco dan kaki x kenal letih ke puncak menara gading. Ttp sblm pendakian pihak penganjur dgn kerasnya menyatakan bahawa pendakian ke puncak akan dilakukan tanpa henti bagi menjimatkan mase….malah ade dikalangan mereka dgn nada sedikit bongkak mengatakan hanya dirinya dpt sampei di puncak dlm mase yg ditetapkan….(eh2 konon ko pakai baju sponser powerbar ko nak ek…rilek ar pengalaman mengatakan kekuatan fizikal bukan semata2 faktor penentu keberjayaan seseorang dlm xpdc pendakian mcm ni….ak bekate dlm hati)
Kire2 tiga puluh org meneruskan pendakian utk sampai ke puncak manakala selebihnya tinggal utk bermain air di kwsn air terjun. Perjalanan ke puncak lebih sukar dgn permukaan yg lebih cerun dan bahaye…. Pendakian tanpa henti ternyata mencabar beberapa ahli xpdc yg x bersedia utk aktvt2 lasak spt ini. Ak cb menberi dorongan kpd mereka yg sudah terlalu keletihan dn mula menyesali keputusan utk ikut pendakian hingga ke puncak. Kire2 setengah perjalanan utk sampai ke puncak kumpulan xpdc tlh terpecah kpd 3. Tanpa ak sedari aku sebenarnya berada di kumpulan hadapan, bile sampai kat puncak br tahu siapa depan dan blkg. Kire2 pukul 2 suku ak sampai ke puncak G. Gading…. Tertulis di situ Gng Gading Summit 3.8km! (Jgn terkezut 3.8km tu bkn ketinggian gng tp jarak dr base camp di kaki gunung hingga ke puncak….pelik jugak ak mule2 tgk)
Setelah duduk melepaskan lelah dan bergambar dgn pelbagai aksi selama 20 minit kami memulakan misi turun ke air terjun 7. Mase turun ke kwsn air terjun mengambil mase hampir 1 jam. Setibanya di situ kelihatan kump yg x ikut ke puncak sudah bersiap sedia utk turun k base camp…. Kerna menunggu sebilangan ahli kumpl k puncak yg msh blm sampai, kt org yg tiba lebih awal mengambil kesempatan utk menikmati kesejukkan air terjun tersebut. Tp ak menolak nafsu utk mandi dan sekadar bermain air gitu2 je sbb risau berendam terlalu lame mengundang kekejangan otot. 15 minit kemudian kita org kumpulan di belakang memulakan penurunan baki 1.5km utk sampei di kaki gunung. Tepat pukul 5 ptg aku pun sampai di base camp. Setelah berehat dan menjamu hidangan tgh hr (bygkn naik hingga ke puncak hanya
beralaskan bbrp potong kuih dan 1 bar cokelat) pkl 6 ptg kami pun bertolak
kembali ke unimas.
Sedikit pergulungan dr aku pendaki gng amature….jika dibezakan dgn pendakian2 aku sblm ni, sememangnya G. Gading antr puncak terendah yg telah aku tawan….Tetapi pendakian ke puncak x semudah yg disangka….antara faktor yg menguji ketahan aku kali ini adalah kepantasan proses pendakian ini
dilakukan….Jika sblm ni, aktvt2 pendakian yg ak ikuti disertakan sekali dgn
upacara camping yakni bermalam dipertengahan gng sblm meneruskan perjalanan k puncak. Tp kali ini pendakian hingga ke puncak dan turun kembali mengambil mase hanya 6 jam. Selain dari itu aku agak hampa dgn view di puncak pendakian kali ini….bukan ape jika jika sblm ni aku takjub melihat keindahan ciptaan tuhan dr puncak gng2 yg aku daki ttp sayang sekali puncak gng gading di kelilingi pohon rendang yg menghalang panorama di sekeliling gunung. Namun di penghujung pendakian aku tetap PUAS! Kerna sejak dr awal tibanya aku di bumi kenyalang aku tlh menanam azam utk menikmati keindahan flora dan fauna tanah bertuah ini….Harap lps ni ak berkesempatan utk pergi menjelajah taman Negara Miri yg terkenal dgn gua Niah pula…=D




