Kemuncak pengajian di menara gading semestinya adalah detik menerima ijazah ketika upaca konvokesyen. Pada 10hb 8 yg lps aku jua telah bergelar seorang graduan universiti. Setelah gigih menuntut ilmu selama 3 stgh thn di UKM, berprogram di seluruh pelosok Malaysia, menawan 4 puncak gunung dan koma 4 hari…. kemanisan ketika ijazah diserahkan ke tangan ku memang telah lama aku idamkan. Alhamdulillah…

Disini aku nak ucapkan perhargaan ku kpd insan2 yg tlh byk berjasa dalam misi aku utk bergelar graduan. Pertama tentunya aku amat terhutang budi kpd kedua ibu-bapa yg telah mengasuh dn mendidik aku dr kecil hinggalah berjaya ke IPTA. Juga kpd adik-beradik ku yg banyak membantu dan member dorongan utk aku pegi lebih jauh. Jutaan terima kasih buat keluagaku atas segala pengorbanan mereka.

Seterusnya terima kasih juga buat rakan2 ku dr alam persekolahan hinggalah ke peringkat U. Khasnya ditujukan kpd teman2 seperjuangan Urusetia Pembangunan Sumber Manusia Batch 18 yg berada disisiku ketika susah dn senang semasa di UKM. X dilupakan guru2 serta seluruh para pendidik yg telah mengajar ku dr dulu hingga kini.


Akhirnya kepada sesiapa sahaja yg pernah mengenali diri ini, antaranya ialah Pak guard yg tlg ak mase sesat kt shopping mall kecik2 dulu , aunty Chinese yg hantar ak blk mase kena tinggal bas zmn sek ren dulu serta para doktor dan nurse yg merawat ak lps accident. =D