You are currently browsing the monthly Archive for March, 2009.
Baru2 ini timbul persoalan tentang nama yang aku gunakan dalam friendster dikalangan pengunjung. Maka disini aku akan mengupas erti dan kisah disebalik nama2 yg sering / pernah aku gunakan. Jangan terkezut sememangnya aku ada banyak nama samaran/panggilan/manja/glamour dll =P
1. 1.Muhammad Suhaib
# Nama yang tertulis dalam IC aku. Nama ini diberikan oleh ibunda dan ayahanda tercinta berdasarkan nama salah seorang sahabat karib Rasulullah S.A.W. , Suhaib AR Rumi. Sahabat Rasulullah ini digambarkan memiliki ketampanan jejaka Rom dan namanya selalu di sebut ketika sambutan Maal Hijrah.Semoga aku mempunyai peribadi seperti tokoh ini yang sanggup berkorban segalanya demi Islam.
2. 2.Aib
# Nama manja yg digunakan oleh ahli keluarga terdekat SAHAJA.
3. 3.BonZeR
# Aku dapat gelaran ni masa form 1. Gara2 badan aku yg berisi ketika itu maka digambarkan seperti Bauncer yg selalu berjaga di pintu kelab malam dan tempat2 esklusif yg lain. Drpd gelaran ini jugalah aku gunakan utk alamat email aku BZR4.
4. 4.Bulat
# Sama jugak dapat mase junior high school. Tp aku x berape suka dengan gelaran ini sebab selalu digunakan untuk memperlekehkan aku yg agak BULAT. Hehe tapi mmg aku chubby pun mase tu.
5. 5.Gus
# Nickname yg senior kat asrama aku bagi dan diguna pakai mase kat SAMURA. Waktu tu dorang kate muke aku macam ahli politik indonesia Gus Dur. Haha walaupun aku x berape suke dikaitkan dgn Gus Dur yg kuat tido tu tapi aku guna balik name ni di Unimas, mungkin sbb nilai komersialnya tinggi kot.
6.Azura
# Nickname yg aku guna di alam maya. Mase tu tengah ketagih chatting kat MIRC. Walaupun aku hanya berumur 11 tahun tapi ramai yg ingin mengenali diriku sbb menyamar jadi gadis sekolah kui kui kui. Start gune name ni sbb mase tu minat kat classmate name Azura, tp orang name ni mmg selalu muncul dalam hidup aku…
7. 7.Firery_Castelo
# Nickname kat intenet jugak ni. Ketagih chatting balik mase cuti sekolah form 4. Kire name ni berjaya menarik perhatian ramai pengguna MIRC yg lain jugak la.
8. 8.Burning^Soul
# Nickname yg menggambarkan jiwa remaja yg sedang terbakar. Haha name yg aku guna dalam community circle99 (ntah ade lg ke x). Kadang2 gune jugak name ni utk chatting
9. 9.ScaR+FaCe
# Nama dalam frienster sebelum ini dan juga dlm beberapa komuniti sosial maya yg lain. Menggambarkan realiti muka aku selepas tragedi 15.12.2005. Berjaya menimbulkan perasaan gerun dikalangan pengunjung2 yg x mengenali diri ini yg sebenar huhuhu
1 10.Si Bengkok
# Nama yg aku pakai utk blog friensdter aku. Menceritakan kisah insan yg ingin hidup LURUS berlandaskan panduan yg diberikan namun kadang-kala terpesong akibat godaan dunia…. maka hasilnya bengkok, yakni cuba utk berjalan lurus tapi x berjaya lagi. Juga mengambarkan tangan kanan aku yg bengkok hehehe
1 11.JeBaT
# Nama lagenda dinasti Melaka ini aku gunakan dalam blog aku hjebat.blogspot.com yg mengupas isu2 panas tanah air. Aku gunekan namenya sbb kagum dengan prinsip perjuangan kebenaran yg ditonjolkan dan juga sebab aku sendiri suka melawan cakap org kecik2 dulu.
11 12.Si Penangkap RAMA2
# Nama ini muncul drpd post blog friester aku sebelum ini. Mengisahkan tentang aku tetapi menggunakan konsep penceritaan Metafora.Nak tau secara mendalam kena la baca post blog ni yg sebelum2nya. ;D
11 13.Zack
# Nama hutan aku mase bergiat aktif dalam UPSM dulu. Terbit apbl adik-beradik Batch 18 mula menggunakan nama lain semasa beraktiviti. Rasionalnya, dalam hutan dilarang panggil nama sebenar rakan2 kita, takut ada ‘benda’ ikut balik rumah… Waallahualam
14 14.SU
# Nama yg dikhaskan utk si Dia sahaja. Tapi ade jugak yg gatal2 panggil aku dengan name ni demi menjatuhkan imej aku sebagai jejaka gagah dan MACHO. Hehe antaranya macam lab assistant kak Sheela. Xpo2 nanti aku kenakan balik >: (
*Ini beberapa nama gelaran yg pernah, dan sedang aku gunakan. Mungkin ade lagi name2 panggilan lain yg kawan2 beri kat aku tp dah x ingat. Walau ape pun name yg kita guna yg penting jadilah diri kita sendiri dan x perlu berlakon sebagai orang lain. Semoga aku dapat menjadi seorang insan yg diredhai di DUNIA dan AKHIRAT, amin..





